NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - vii
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - vii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR memberi penerangan mengenai keperluan baja untuk mengenali baja hidroponik / fertigasi. Selain itu, uru MAHIR memberi penerangan mengenai isu baja AB bagi pertanian. Seterusnya, guru MAHIR memberi penerangan mengenai nutrien makro seperti Nitrogen, Potassium, Sulphur, Magnesium dan Calcium. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai alat-alat yang digunakan untuk membaca PH dan kepekatan baja.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pertanian bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: